be my guest

Follow mrs.Dora

June 17, 2012

surat merah

org takkan faham dengan perasaan dimana kita selalu tak menjadi orang berkepentingan dalam hidup seseorang. Dan seseorang itu adalah penting dalam hidup kita. Dan kita tahu tentang kedudukan hubungan itu.


biar aku bagitau macam mana jadi seorang perempuan yang dia kata sayang tapi sebernanya, hakikatnya aku berada orang yang paling sakit dengan perasaan sendiri.


kepada kekasih yang amat ego dengan diri ini,

"aku sudah lama kenal, hampir 3 tahun juga. tapi aku selalu disakitkan dan dibiarkan. Aku bersabar, dan bila aku bersuara selalu dimaki kerana dia tidak dapat menerima kenyataan itu. aku tidak pernah merasakan bagaimana disambut bila ada hari kebahgiaan antara kami. aku juga tidak pernah diberi hadiah tapi janji yang tak ditepati. aku tahu aku tidak layak semua itu tapi salahkah aku mahu dihargai begini.?

bila aku berkeputusan mahu pergi, aku tatau kenapa aku dan dia disatukan kembali. walhal aku sendiri sakit dengan perasaan ini. aku cuba untuk memaafkan dan melupakan tapi benda yang sama berulang kembali. aku cuba berlembut hati dan bila aku mahu kongsikan rasa perasaan yang sakit itu bersamanya seolah olah tidak dipedulikan walhal dia pernah memberitahu dia tidak mahu kehilanganku kerana aku adalah perempuan yang terakhir dalam hidupnya; baginya pabila sudah berminta maaf perkara itu akan dilupai. walhal dia tidak tahu yang aku menyimpan perasaan itu. kadang kadang aku bukan mahu mengungkit tapi benda yang sama terjadi balik dan pasti kita ini sebagai manusia pasti mengungkit walau sedikit,

tidak cukupkah lagi aku menjadi seorang perempuan yang banyak bersabar dengan kau? susah untuk aku berkongsi dengan ap yang aku rasakan tapi perasaan ini amat memedihkan. dan setahu aku, dia tidak langsung menghormati dengan ap yang aku rasakan.dan tidak layakkah aku menjadi seorang perempuan yang amat lelaki ini hargai?'


yang benar,

kekasihmu yang mahu mati demi melupakan perasaan sakit ini

1 sebulat suara:

Ms Yunne said...

aku faham...
menjadi diri yang tak dihargakan
di abaikan
seperti sepah yang terbuang


memang sakit.
tapi jalan itu jugalah yang kita sendiri pilih.