be my guest

Follow mrs.Dora

October 24, 2010

jahil

aku ini jahil dalam semua perkara tentang agama dunia dan diri sendiri.kalau duduk sendiri pasti aku akan senyum sendiri mengingat tentang diri aku hal hal dunia dan manusia.aku tak perlu orang lain untuk mengingatkan aku tentang dunia dan agama kerna aku tahu aku punya pendirian.

*senyum*

tuhan itu ada dan aku yakin dia ada.aku punya agama tapi masih lagi mencari.bukankah kita semua ini tak kira agama apa pun buddha hindu kristian apa apa lagi semuanya sama sembah pada yang satu?cuma fahaman saja berlainan kalau ikutkan sama saja bagi aku.KITA SAMA TUHAN.TUHAN KITA SATU.sama saja.yang kita doa itu pada dia.jadi bagi aku untuk apa kita berperang tentang agama?sama saja sebernanya cuma kefahaman yang berbeza

entahlah itu bagi aku

dunia?lagilah.kalau nak ikutkan kita semua ni semuanya hamba dunia.alim ke tak ker.sama saja.alaaaa alim alim pun pakai juga kereta mewah rumah besar.yang mewah cari lagi kemewahan yang tak mewah itu ada cara lain untuk memewahkan diri sendiri.bagi aku manusia ini takkan kenal tuhannya selagi dia menjadi hamba pada dunia ini.sama saja.

sebab itu tuhan tak kasi adam makan buah tu ketika di syurga kerna dia tidak mahu kita kita ini masuk ke alam dunia yang penuh tanggungjawab ni.DIA sudah tahu.tapi apakan daya selagi syaitan itu ada jadi kita dah pun ada didalam dunia yang bertanggungjawab ini.kita penuh tanggungjawab selagi namanya tanggungjawab.lahir saja kedunia ni terus kita ada tanggungjawab kan?

aku tidak mahu menjadi islam 'baka'.islam yang dari turun temurun.bukankah tuhan itu menyuruh kita mencari jalan yang benar?dan aku masih lagi mencari yang benar.kita kena faham konsep itu.aku tidak mahu mengambil jalan mudah dan selamat untuk menjadi islam yang sejati.bagi aku lebih seronok kalau ambil jalan yang bengkang bengkok dari yang lurus kerna yang lurus itu amat membosankan bagi aku.tak salah.

cinta?aku lagi teruja nak dengar cerita adam dan hawa daripada isteri isteri muhammad.siapa sanggup jalan beribu batu hanya untuk bertemu?aku tak dapat bayangkan ketika dunia ini masih lagi kosong.yang kita ini pasti akan mengeluh kalau berjauhan.tetapi atas nama cinta adam cari juga hawa.berkorban.sungguh tragedi tahu?

*senyum*

tentang diri sendiri?lagi..cinta?lagii...agama?lagiii...dunia??lagii..manusia?lagiii...cinta??lagiii..

aku masih lagi hambamu yang jahil.aku masih lagi mencari.

aku akan terus mencari.

0 sebulat suara: